Kompleks Belia dan Sukan Daerah Maran ini ditubuhkan pada sekitar tahun 2008. Bangunan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan bagi para golongan belia. Antara Kemudahan yang sediakan adalah:

1. Sebuah padang Futsal
2. Dewan serbaguna yang dilengkapi dengan 4 gelanggang badminton.
3. Pusat bina badan
4. Dewan Makan berkapasiti 200 orang
5. Bilik kursus dan latihan komputer
6. Auditorium

Alamat dan No.Tel:

Kompleks Belia dan Sukan Maran,
Jalan Maran - Temerloh,
26500 Maran,
Pahang Darul Makmur
No.Tel: 09-4771382
No.Fax: 09-4772743

Masjid As-Syakirin Maran

Merupakan Masjid Utama di Daerah Maran. Terletak di atas Bukit berhampiran dengan Balai Bomba Maran, masjid ini telah menjadi mercu tanda utama bagi masyarakat terutamanya bagi penganut agama islam di sini.

 

Kemudahan Kedai

Seperti di bandar-bandar lain, Maran juga mempunyai kemudahan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan serta gerai-gerai makanan untuk masyarakat di sini. 

 

 

Kemudahan Pengangkutan

Terminal Bas dan Teksi Maran

Bertempat di Bandar Baru Maran di belakang Pasaraya Tunas Manja.

Terminal Bas dan Teksi Maran

Tempat Pendaratan Helikopter

Tempat pendaratan helikopter ini dibuka untuk kegunaan orang awam dengan menghubungi MDM untuk tempahan.

Tempat Pendaratan Helikopter