PENGUSAHA

NAMA : PN. SITI NUR RAIHAN BT ISMAIL

UMUR : 23 TAHUN
ALAMAT : NO 97, LORONG 4, TAMAN MARAN DAMAI, 26500 MARAN

NO.TEL: 0134375746

Latar belakang

Puan Siti Nur Raihan atau lebih mesra dikenali dengan nama Puan Nora merupakan seorang usahawan dan peniaga secara kecil-kecilan di sekitar Maran. Beliau berumur 23 tahun,telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak. Beliau adalah lepasan Ijazah Sarjan Muda Syariah UNISZA Terengganu. Mula berkecimpung dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2019. Kemudian pada tahun 2020 perniagaan mula berkembang, beliau bermula dari menjadi dropship kemudian mengembangkan lagi perniagaan menjadi stokis makanan berjenama The Kookies Monstr. Beliau juga menjadi dropship menjual pelbagai jenis pakaian, beg dan kasut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum melibatkan diri dalam kelas ICT yang diadakan di PI Kg Berkat, beliau tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Sebelum penggunaan ICT beliau hanya berniaga tanpa media sosial. Sebelum menggunakan medium internet sebagai sumber mengembangkan perniagaannya, Puan Nora menjalankan perniagaannya melalui rakan-rakan sepengajian, saudara -mara dan sekitar kawasan rumah berhampiran dengannya.pendapan bulanan beliau sebelum ini hanya RM 80-RM100.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Nora mengambil inisiatif sendiri untuk mendaftar sebagai ahli Pusat Internet kerana ingin mempelajari kelas usahawan yang diadakan di Pusat Internet. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Berkat, beliau kini aktif mengembangkan perniagaan dalam Facebook dan Instagram. Pelanggan beliau juga dapat mengetahui pelbagai jenis biskut yang dijual. Hasil promosi dan iklan yang dibuat oleh beliau,beliau mendapat tempahan secara mnedadak oleh pelanggan terutamanya melalui media sosial. Dengan adanya Pusat Internet Kg Berkat, ia dapat membantu beliau serta memudahkan urusan mempromosikan produk serta mengambil tempahan. Rata-rata pelanggan beliau terdiri dari semua muda. Hasil daripada promosi melalui media sosial, pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM300 seminggu.

PENGUSAHA

NAMA : PN. NOR AIDA BT RUSDI

UMUR : 26 TAHUN
ALAMAT : NO 30 KAMPUNG BARU SG CHEDONG, 26500 MARAN, PAHANG
NO.TEL: 0132002360

Latar belakang

Puan Nor Aida merupakan seorang usahawan dan peniaga secara kecil-kecilan di sekitar Maran. Beliau berumur 26 tahun. Mula berkecimpung dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2014. Kemudian pada tahun 2019 perniagaan mula berkembang, beliau menerima tempahan secara besar-besaran seperti majlis tunang, dan majlis perkahwinan. Beliau juga menerima tempahan dari pejabat kerajaan dan swasta dari sekitar Maran dan Pahang. Antara tender yang diambil oleh syarikat perniagaan beliau adalah di kantin Sekolah Kebangsaan Maran dan Sekolah Menengah Maran 2.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum melibatkan diri dalam kelas ICT yang diadakan di PI Kg Berkat, beliau tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Puan Nor Aida juga tidak mahir dengan pengunaan Microsoft office serta kepentingannya. Selain itu, Puan Aida juga tidak mengetahui bagaimana cara mencari maklumat melalui internet. Sebelum penggunaan ICT beliau hanya berniaga tanpa media sosial. Sebelum menggunakan medium internet sebagai sumber mengembangkan perniagaannya, Puan Aida menjalankan perniagaannya melalui memberitahu jiran-jiran, rakan-rakan serta melalui kenalan dari mulut ke mulut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Aida mengambil inisiatif sendiri untuk mendaftar sebagai ahli Pusat Internet kerana menyedari kepentingan mempelajari internet demi masa depan. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Berkat, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan kedai beliau. Nama Facebook beliau adalah ADIA VENTURES. Pelanggan beliau juga dapat mengetahui pelbagai menu masakan yang dijual, hasil promosi dan iklan yang dibuat oleh beliau serta mendapat tempahan daripada Facebook beliau. Dengan adanya Pusat Internet Kg Berkat, ia dapat membantu beliau serta memudahkan urusan mempromosikan makanan dan membuat akaun syarikat serta mengira stok barang. Rata-rata pelanggan beliau terdiri dari semua golongan. Hasil daripada promosi melalui media sosial, pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM3000 sehari.

PENGUSAHA

NAMA : PN ZAMZURIANA BT UDA
UMUR : 27 TAHUN
ALAMAT : NO 18, RUMAH MURAH MARAN, 26500 MARAN, PAHANG
NO.TEL: 0194407898 

Latar belakang

Puan Zamzuriana bt Uda merupakan seorang usahawan dan peniaga secara kecil-kecilan di sekitar Maran. Beliau mula berniaga pada tahun 2004 setelah berkahwin dan menetap di Maran bersama suaminya dengan berniaga kuih muih dan makan sarapan pagi di gerai berhampiran Mahkamah Maran. Pada tahun 2009, Puan Zamzuriana mula menyewa gerai di Taman Tasik Maran selama hampir 10 tahun. Pada tahun 2019 , Puan Zamzuriana mula berpindah di Gerai Simpang Teladas kerana berdekatan dengan rumah beliau dan kedainya dikenali sebagai Nasi Goreng Hitam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum melibatkan diri dalam kelas ICT yang diadakan di PI Kg Berkat, beliau tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Puan Zamzuriana juga tidak mahir dengan pengunaan Microsoft office serta kepentingannya. Selain itu, Puan Zamzuriana juga tidak mengetahui bagaimana cara mencari maklumat melalui internet. Sebelum penggunaan ICT beliau hanya berniaga tanpa media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Berkat, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan kedai beliau. Pelanggan beliau juga dapat mengetahui pelbagai menu masakan yang dijual, hasil promosi dan iklan yang dibuat oleh beliau. Rata-rata pelanggan menggemarkan Nasi Goreng Hitam yang beliau buat. Hasil daripada promosi melalui media sosial, pendapatan bulanan beliau kini mencecah rm700 sehari.

PENGUSAHA

NAMA : PN. NADIATUL FARAHANIS

UMUR : 27 TAHUN
ALAMAT : PT 6142 JLN KUANTAN KG BINTANG, 26500 MARAN, PAHANG
NO.TEL: 0194407898 

Latar belakang

Puan Nadiatul Farahanis merupakan seorang usahawan dan peniaga secara kecil-kecilan di sekitar Maran. Beliau mula berniaga pada tahun 2017. Puan Nadiatul Farahanis mempunyai 2 orang cahaya mata. Beliau bermula dengan berniaga dari rumah ke rumah. Kadangkala ada juga pelanggan yang ingin membeli datang terus ke rumahnya. Minat yang mendalam dalam bidang perniagaan membuatnya terus mencari peluang perniagaan dan terus bersemangat serta tidak mudah berputus asa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Puan Farahanis merupakan seorang peniaga kecil kecilan yang meniaga dirumah dan membuat perkhidmatan penghantaran rumah ke rumah. Beliau meniaga latok/rumpai laut (makanan kolagen) yang terkenal di Sabah. Beliau mengambil bekalan latok dari pembekal di Sabah. Latok dijual 1 set (latok, sos thai, cili, limau dan chopstick) dengan harga rm15/set. Sos dibuat sendiri. Sebelum menghadiri kelas latihan usahawan pendapatan beliau RM200-300. Beliau hanya berniaga rumah ke rumah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menghadiri kelas latihan keushawanan beliau berniaga melalui talian online (facebook, whatsapp). Pendapatan beliau bertambah hingga mencecah RM1500-3000.

NAMA : MOHAMMAD DZUL IQRAM BIN ABU BAKAR
UMUR : 12 TAHUN
ALAMAT : SK MARAN
NO.TEL: -

Latar belakang

Adik Mohammad Dzul Iqram merupakan seorang pelajar darjah enam di Sekolah Rendah Maran. Iqram berumur 12 tahun. Iqram juga merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik. Iqram sangat aktif dan bekerjasama dengan pusat internet dengan mengikuti pelbagai aktiviti yang diadakan di pusat internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum melibatkan diri dalam kelas ICT yang diadakan di PI Kg Berkat, beliau tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Selain itu, Iqram juga tidak mengetahui bagaimana cara mencari maklumat melalui internet. Iqram sangat meminati untuk belajar komputer, dengan adanya pusat internet, Iqram mengikuti rakan-rakannya untuk daftar sebagai ahli di Pusat Internet Kg Berkat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah menghadiri dan mengikuti kelas ict yang dibuat di pusat internet Kg Berkat, Iqram mendapat pelbagai kefahaman dan menambah kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet.