PENGUSAHA

NAMA : PN ZAMZURIANA BT UDA
UMUR : 27 TAHUN
ALAMAT : NO 18, RUMAH MURAH MARAN, 26500 MARAN, PAHANG
NO.TEL: 0194407898 

Latar belakang

Puan Zamzuriana bt Uda merupakan seorang usahawan dan peniaga secara kecil-kecilan di sekitar Maran. Beliau mula berniaga pada tahun 2004 setelah berkahwin dan menetap di Maran bersama suaminya dengan berniaga kuih muih dan makan sarapan pagi di gerai berhampiran Mahkamah Maran. Pada tahun 2009, Puan Zamzuriana mula menyewa gerai di Taman Tasik Maran selama hampir 10 tahun. Pada tahun 2019 , Puan Zamzuriana mula berpindah di Gerai Simpang Teladas kerana berdekatan dengan rumah beliau dan kedainya dikenali sebagai Nasi Goreng Hitam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum melibatkan diri dalam kelas ICT yang diadakan di PI Kg Berkat, beliau tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Puan Zamzuriana juga tidak mahir dengan pengunaan Microsoft office serta kepentingannya. Selain itu, Puan Zamzuriana juga tidak mengetahui bagaimana cara mencari maklumat melalui internet. Sebelum penggunaan ICT beliau hanya berniaga tanpa media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Berkat, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan kedai beliau. Pelanggan beliau juga dapat mengetahui pelbagai menu masakan yang dijual, hasil promosi dan iklan yang dibuat oleh beliau. Rata-rata pelanggan menggemarkan Nasi Goreng Hitam yang beliau buat. Hasil daripada promosi melalui media sosial, pendapatan bulanan beliau kini mencecah rm700 sehari.