Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran kini beroperasi di bangunan kompleks baharu terletak bersebelahan Maran Hill Golf Resort. kompleks baharu IPD Maran yang terletak di atas bukit lebih strategik dan dapat memberikan keselesaan kepada orang ramai kerana mempunyai kawasan letak kereta yang lebih luas. Antara jabatan dalam IPD Maran ialah Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Unit Cawangan Khas dan Bahagian Ketenteraman Awam. Hanya Bahagian Trafik sahaja beroperasi di bangunan kompleks lama.