PELANCONGAN DI DAERAH MARAN

AIR TERJUN TELADAS

TELADAS      RFEESDR

   

Hutan Lipur Teladas adalah merupakan kawasan pelancongan utama yang ada di Daerah Maran. Kini hutan ini telah dinaik taraf untuk menjadikan kawasan ini salah sebuah tempat pelancongan yang terkenal di Negeri Pahang. Antara kemudahan yang terdapat di sini adalah seperti Surau, tandas awam, taman permainan, pondok rehat, jambatan gantung dan kemudahan sukan.

TAMAN TASIK MARAN

JK       MJH

   

Taman Tasik Maran terletak berhampiran dengan Masjid Besar Maran dan juga Padang Golf Maran. Kawasan ini telah menjadi tempat utama masyarakat di sini untuk beriadah dengan melakukan pelbagai aktiviti antaranya memancing, berjogging, berbasikal dan bersantai. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah seperti  12 buah Chalet dengan harga yang berpatutan, kemudahan rekriasi air, taman permainan dan dewan terbuka. Kawasan ini telah menjadi ikon utama Bandar Maran.

 

PADANG GOLF(MARAN HILL GOLF RESORT)

image gallery 1      image gallery

Majlis Daerah Maran dibawah pengurusan Maran Hill Golf Resort (MHGR) menyediakan padang golf 18 lubang

yang sangat mencabar dan menarik. Pemandangan yang indah sangat menarik perhatian dan memberi

ketenangan kepada para pemain.

 

CHALET (TASIK CHALET MARAN)

Chalet

Terletak kira-kira 2km dari Bandar Maran. Berhadapan dengan Taman Tasik Maran.