Sekolah Menengah Kebangsaan Maran atau nama ringkasnya SMK Maran, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Berkat.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran memiliki 366 pelajar lelaki dan 346 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 712 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru.

24133 107103349315916 2532454 n

Sekolah Kebangsaan Maran atau nama ringkasnya SK Maran, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di 61,Pejabat Pos Maran..

Ia mula dibuka pada 1 Jun 1955 dengan keramaian murid seramai 38 orang terdiri daripada empat bangsa. Murid Melayu seramai 17 orang, Cina 8 orang, Asli 7 orang dan India 6 orang. Semua murid ini dimasukkan ke dalam darjah 1. Ketika itu hanya seorang guru sahaja ditempatkan di sekolah ini.Beliau ialah Encik Mohd Akil bin Abdullah yang datangnya dari Sekolah Umum Serandu Pekan, Pahang. Pada masa itu, sekolah ini hanya sebuah bangunan kayu yang panjangnya 80 kaki dan lebarnya 20 kaki serta mempunyai 4 buah bilik darjah dan sebuah pejabat. Pada peringkat awal (1955 – 1959) sekolah ini digunakan sebagai sekolah dua bahasa iaitu :- Waktu pagi Sekolah Umum Maran (Bahasa Melayu) dan Waktu petang Sekolah Cina Maran (Bahasa Cina) Pada tahun 1961 sebuah bilik tambahan telah dibina dan pada tahun 1962 asrama sekolah pula didirikan. Pada tahun 1970, bangunan kayu telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan yang baru dibuat daripada batu. Ia dibuat setinggi dua tingkat dan mengandungi 6 buah bilik darjah, sebuah pejabat dan sebuah bilik guru. Pada tahun 2002, dua bangunan tambahan empat tingkat telah dibina. Ia menempatkan 12 buah kelas, Pejabat Pentadbiran, Bilik Guru, Bilik Media, Bilik Gerakan, Bilik Muzik, Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Kesihatan, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Komputer, Bilik Pendidikan Seni Visual, Setor, Bilik Buku Teks, Dewan, Bilik Kedai PIBG, Stor PJ dan Surau. Di akhir tahun 2005, sebuah Makmal Komputer dua tingkat telah siap dibina untuk digunakan oleh murid-murid dan guru-guru.