PENGUSAHA

NAMA : NORHAIDA BINTI ZAINUDIN
ALAMAT : No.105, Lorong 1, Kampung Berkat, 26500 Maran
UMUR : 35 TAHUN
NO.TEL : 017-9067549

Latar belakang

Puan Norhaida adalah merupakan seorang usahawan yang bergiat dalam perniagaan berasaskan makanan ringan di bawah kelolaan Empower Ecer Maran sejak tahun 2014 lagi. Beliau juga merupakan seorang suri rumah sahaja. Beliau merupakan anak jati Maran yang berlatar belakangkan keluarga yang sederhana. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini, beliau hanya membantu suaminya dengan mencari pendapatan sampingan berniaga kuih muih dan makanan ringan berasaskan kerepek sahaja. Apabila adanya Empower Ecer di Maran, beliau cuba untuk mendapatkan info dan bantuan. Empower Ecer adalah salah sebuah badan yang boleh membantu masyarakat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dengan membekalkan tenaga pengajar daripada luar. Oleh itu, beliau mendapatkan khidmat Empower Ecer bagi mempelajari cara untuk menghasilkan makanan ringan tradisional iaitu kuih “Cakar Ayam”. Maka, beliau kini bergiat dalam perniagaan tersebut dan sedikit demi sedikit beliau dapat membantu memperkembangkan perniagaan keluarganya. Tetapi beliau masih belum cukup mendapatkan pendapatan yang tinggi dah hasil jualannya hanya di sekitar Maran sahaja kerana permintaan terhadap produknya tidak meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk ke PI1M bagi mendapatkan nasihat dan info kerana beliau mendapat tahu di TV bahawa PI1M juga boleh menbantu usahawan memperluaskan hasil jualan menerusi aktiviti promosi produk. Selepas mendapatkan nasihat daripada petugas PI1M, beliau mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam Bengkel “Online Marketing” dengan mempelajari cara-cara untuk memasarkan produk secara atas talian dan melakukan promosi. Akhirnya, pendapatan beliau kini mencecah sehingga RM3000.00 sebulan dengan hasil jualan produk Kuihnya sahaja. Kuihnya kini terkenal di Maran dengan rasanya yang sangat sedap dan rangup.