PENGUSAHA

NAMA : MORALIZA RADIN
UMUR : 35 TAHUN
ALAMAT :Perkampungan Sungai Kemap, Jalan Temerloh Maran, 26500 Maran, Pahang 
NO.TEL : 011-31911348

Latar belakang

Puan Noraliza sebelum ini dan sehingga sekarang adalah merupakan seorang suri rumah yang mempunyai 2 orang anak. Beliau menceburkan diri dalam perniagaan makan kering pada tahun 2017 selepas mendapat ilham daripada rakannya yang juga merupakan peniaga makanan yang sama. Untuk membantunya dalam perniagaan ini, beliau telah mendapatkan khidmat nasihat daripada FAMA serta mendapatkan mesin khas untuk menggoreng dan memotong buah Peria.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini, Puan Noraliza hanya melakukan perniagaan di rumahnya jika ada masa terluang sahaja kerana jadualnya sibuk dengan menguruskan anak-anak di rumah. Pendapatan beliau dalam perniagaan hanyalah sekadar pulang modal kerana pada ketika itu permintaan terhadap produknye kurang. Pada pandangan beliau, mungkin ini disebabkan kurangnye promosi dah hebahan kepada masyarakat setempat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Bermula pada tahun ini, beliau telah pergi mendapatkan nasihat di PI1M Kg Berkat berjumpa dengan Pengurus. Selepas mendapat nasihat, beliau mula hadir ke pi1m untuk terlibat dengan bengkel keusahawanan e-rezeki yang mana dalam proses pembelajaran tersebut beliau mempelajari bagaimana untuk memperkembangkan perniagaan beliau menerusi online marketing. Akhirnya kini, pendapatan beliau telah melebihi RM8000.00 sebulan campur dengan gaji pekerjaannya. Boleh dikatakan, permintaan terhadap produk beliau sangat tinggi sehingga mencecah 500 botol dalam masa 1 hari.