CELIK ICT- MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN RAHIM

NAMA: MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN RAHIM

UMUR: 15 TAHUN

AHLI: 2022

LATAR BELAKANG

Adik Luqman merupakan seorang pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran. Beliau berumur 15 tahun. Beliau sangat aktif dan memberi kerjasama terhadap NADI dengan rajin mengikuti pelbagai aktiviti yang diadakan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN NADI

Sebelum melibatkan diri dalam ICT yang diadakan di NADI KG Berkat, beliau jarang menggunakan komputer dan internet. Beliau juga tidak mahir mencari maklumat melalui aplikasi komputer, serta tidak mahir menaip. Beliau juga tidak mahir menggunakan Microsoft Office.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN NADI

Selepas menghadiri kelas ict yang diadakan NADI KG. Berkat, Luqman telah tahu asas menggunakan laman web google untuk mencari maklumat. Selain itu, beliau telah mahir menggunakan peralatan komputer seperti penggunaan mouse. Kemahiran menaip juga semakin baik dan mendapat pelbagai ilmu yang bermanfaat disini. Beliau juga menggunakan komputer dengan perkara berfaedah seperti belajar menggunakan Microsoft Office. Selain dapat menyiapkan kerja sekolah serta mengikuti program yang dianjurkan NADI KG. Berkat.