PENGUSAHA

NAMA : PN. SITI NUR RAIHAN BT ISMAIL

UMUR : 23 TAHUN
ALAMAT : NO 97, LORONG 4, TAMAN MARAN DAMAI, 26500 MARAN

NO.TEL: 0134375746

Latar belakang

Puan Siti Nur Raihan atau lebih mesra dikenali dengan nama Puan Nora merupakan seorang usahawan dan peniaga secara kecil-kecilan di sekitar Maran. Beliau berumur 23 tahun,telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak. Beliau adalah lepasan Ijazah Sarjan Muda Syariah UNISZA Terengganu. Mula berkecimpung dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2019. Kemudian pada tahun 2020 perniagaan mula berkembang, beliau bermula dari menjadi dropship kemudian mengembangkan lagi perniagaan menjadi stokis makanan berjenama The Kookies Monstr. Beliau juga menjadi dropship menjual pelbagai jenis pakaian, beg dan kasut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum melibatkan diri dalam kelas ICT yang diadakan di PI Kg Berkat, beliau tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Sebelum penggunaan ICT beliau hanya berniaga tanpa media sosial. Sebelum menggunakan medium internet sebagai sumber mengembangkan perniagaannya, Puan Nora menjalankan perniagaannya melalui rakan-rakan sepengajian, saudara -mara dan sekitar kawasan rumah berhampiran dengannya.pendapan bulanan beliau sebelum ini hanya RM 80-RM100.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Nora mengambil inisiatif sendiri untuk mendaftar sebagai ahli Pusat Internet kerana ingin mempelajari kelas usahawan yang diadakan di Pusat Internet. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Berkat, beliau kini aktif mengembangkan perniagaan dalam Facebook dan Instagram. Pelanggan beliau juga dapat mengetahui pelbagai jenis biskut yang dijual. Hasil promosi dan iklan yang dibuat oleh beliau,beliau mendapat tempahan secara mnedadak oleh pelanggan terutamanya melalui media sosial. Dengan adanya Pusat Internet Kg Berkat, ia dapat membantu beliau serta memudahkan urusan mempromosikan produk serta mengambil tempahan. Rata-rata pelanggan beliau terdiri dari semua muda. Hasil daripada promosi melalui media sosial, pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM300 seminggu.