PENGUSAHA

NAMA : PN. NADIATUL FARAHANIS

UMUR : 27 TAHUN
ALAMAT : PT 6142 JLN KUANTAN KG BINTANG, 26500 MARAN, PAHANG
NO.TEL: 0194407898 

Latar belakang

Puan Nadiatul Farahanis merupakan seorang usahawan dan peniaga secara kecil-kecilan di sekitar Maran. Beliau mula berniaga pada tahun 2017. Puan Nadiatul Farahanis mempunyai 2 orang cahaya mata. Beliau bermula dengan berniaga dari rumah ke rumah. Kadangkala ada juga pelanggan yang ingin membeli datang terus ke rumahnya. Minat yang mendalam dalam bidang perniagaan membuatnya terus mencari peluang perniagaan dan terus bersemangat serta tidak mudah berputus asa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Puan Farahanis merupakan seorang peniaga kecil kecilan yang meniaga dirumah dan membuat perkhidmatan penghantaran rumah ke rumah. Beliau meniaga latok/rumpai laut (makanan kolagen) yang terkenal di Sabah. Beliau mengambil bekalan latok dari pembekal di Sabah. Latok dijual 1 set (latok, sos thai, cili, limau dan chopstick) dengan harga rm15/set. Sos dibuat sendiri. Sebelum menghadiri kelas latihan usahawan pendapatan beliau RM200-300. Beliau hanya berniaga rumah ke rumah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menghadiri kelas latihan keushawanan beliau berniaga melalui talian online (facebook, whatsapp). Pendapatan beliau bertambah hingga mencecah RM1500-3000.