PENGUSAHA

NAMA : PN. NOR AIDA BT RUSDI

UMUR : 26 TAHUN
ALAMAT : NO 30 KAMPUNG BARU SG CHEDONG, 26500 MARAN, PAHANG
NO.TEL: 0132002360

Latar belakang

Puan Nor Aida merupakan seorang usahawan dan peniaga secara kecil-kecilan di sekitar Maran. Beliau berumur 26 tahun. Mula berkecimpung dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2014. Kemudian pada tahun 2019 perniagaan mula berkembang, beliau menerima tempahan secara besar-besaran seperti majlis tunang, dan majlis perkahwinan. Beliau juga menerima tempahan dari pejabat kerajaan dan swasta dari sekitar Maran dan Pahang. Antara tender yang diambil oleh syarikat perniagaan beliau adalah di kantin Sekolah Kebangsaan Maran dan Sekolah Menengah Maran 2.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum melibatkan diri dalam kelas ICT yang diadakan di PI Kg Berkat, beliau tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Puan Nor Aida juga tidak mahir dengan pengunaan Microsoft office serta kepentingannya. Selain itu, Puan Aida juga tidak mengetahui bagaimana cara mencari maklumat melalui internet. Sebelum penggunaan ICT beliau hanya berniaga tanpa media sosial. Sebelum menggunakan medium internet sebagai sumber mengembangkan perniagaannya, Puan Aida menjalankan perniagaannya melalui memberitahu jiran-jiran, rakan-rakan serta melalui kenalan dari mulut ke mulut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Aida mengambil inisiatif sendiri untuk mendaftar sebagai ahli Pusat Internet kerana menyedari kepentingan mempelajari internet demi masa depan. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Berkat, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan kedai beliau. Nama Facebook beliau adalah ADIA VENTURES. Pelanggan beliau juga dapat mengetahui pelbagai menu masakan yang dijual, hasil promosi dan iklan yang dibuat oleh beliau serta mendapat tempahan daripada Facebook beliau. Dengan adanya Pusat Internet Kg Berkat, ia dapat membantu beliau serta memudahkan urusan mempromosikan makanan dan membuat akaun syarikat serta mengira stok barang. Rata-rata pelanggan beliau terdiri dari semua golongan. Hasil daripada promosi melalui media sosial, pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM3000 sehari.