CELIK ICT- ATIKAH SYAHIRAH

NAMA: ATIKAH SYAHIRAH

UMUR: 10 TAHUN

AHLI: 2021

LATAR BELAKANG

Adik Nur Atikah Shahira merupakan seorang pelajar tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Maran. Atikah berumur 10 tahun. Beliau sangat aktif dan memberi kerjasama terhadap pusat internet dengan rajin mengikuti pelbagai aktiviti yang diadakan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN NADI

Sebelum melibatkan diri dalam ICT yang diadakan di NADI KG Berkat, Atikah jarang menggunakan komputer dan internet. Artikah juga tidak mahir mencari maklumat melalui aplikasi komputer, serta tidak mahir menaip. Atikah juga tidak mahir menggunakan Microsoft Office.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN NADI

Selepas menghadiri kelas ict yang diadakan NADI KG. Berkat Atikah telah tahu asas menggunakan laman web google untuk mencari maklumat. Selain itu, Atikah telah mahir menggunakan peralatan komputer seperti penggunaan mouse. Kemahiran menaip juga semakin baik dan mendapat pelbagai ilmu yang bermanfaat disini. Atikah juga menggunakan komputer dengan perkara berfaedah seperti belajar menggunakan Microsoft Office. Selain dapat menyiapkan kerja sekolah serta mengikuti program yang dianjurkan NADI KG. Berkat.