WhatsApp Image 2023-02-24 at 3.49.18 PM

 

!!! Sekiranya anda merancang untuk memulakan perjalanan balik kampung atau bercuti semasa cuti persekolahan, pastikan persekitaran rumah anda tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk.

!!! Demi memastikan anda terhindar dai gigitan nyamuk Aedes ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Pastikan anda memakai pakaian yang menutup anggota badan pada awal pagi dan lewat petang dan menggunakan repelan bagi mengelak gigitan nyamuk.

"Denggi tidak mengenal mangsa" 

Tiada Aedes, Tiada Denggi, Chikungunya dan Zika.

LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT

-Amalkan 10 langkah pencegahan penyakit bawaan air dan makan semasa banjir.

-Tindakan anda dapat membantu mengelakkan diri dan keluarga tersayang daripada penyakit seperti demam kepialu (Tifoid), Taun (Kolera),Hepatitis , disenteri dan keracunan makanan.

WhatsApp Image 2022-12-23 at 3.15.26 PM 1

 

-orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan arahan semasa dari pihak berkuasa.

-Sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan kendiri seperti yang dikongsikan secara bersiri bagi mencegah penyakit-penyakit yang sering terjadi semasa banjir.

-Pembuangan sampah di merata-rata tempat akan mendatangkan risiko penyakit, pembiakan vektor pembawapenyakit seperti tikus, nyamuk dan lain-lain.

-Semasa banjir, bekas-bekas menakung air akan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan anopheles. Inimenyebabkan populasi nyamuk bertambah dan meningkatkan penyebaran penyakit bawaan nyamuk seperti demam denggi,chikugunya dan malaria.

 

"Jaga Keselamatan, Cegah Sebelum Terlewat"

daerah maran

Daerah Maran adalah merupakan Daerah ke 10 daripada 11 Daerah di dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Pengisytiharan pengujudan Daerah Maran telah dibuat melalui Watikah Perisytiharan Daerah Maran yang telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Pahang Jd. 34 Bil.14 pada 13 Mei 1981.Sebelum pengisytiharan itu Daerah Maran terletak sebahagian daripada Daerah Temerloh dan sebahagian lagi Daerah Pekan. Pejabat Daerah Dan Tanah Maran pula ditubuhkan pada 23 Mei 1981 dengan Pegawai Daerah yang pertama ialah En. Ariffin bin Yusoff @ Yusoh. Keluasan Daerah Maran ialah 1917 kilometer persegi. Maran mempunyai hasil pertanian, perternakan, dan macam-macam lagi untuk kemudahan penduduknya.

Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Maran ialah Sungai Berkelah dan Lubuk Yu. Antara pekan-pekan kecil yang terdapat di dalam daerah Maran adalah Pekan Tajau, Pekan Awah, Pekan Chenor dan Pekan Sungai Jerik yang juga digelar Tong Kiat. Bandar Jengka yang menjadi nadi kepada masyarakat Jengka juga terletak dalam daerah Maran ini.