Kebanyakan kaum wanita di sini, ramai yang terlibat dalam kelas aerobik. Di setiap petang Rabu, (4.30 petang -5.30) kelas aerobik terbuka akan diadakan di Dewan Arena YAM Tengku Muda Pahang. Bukan sahaja kaum wanita yang terlibat. Bahkan kaum lelaki juga. Kelas aerobik dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain dan aerobik juga merupakan salah satu senaman yang bagus untuk kesihatan.